Asalamualaikum...
Hari ini adalah hari cuti. Walaupun cuti, masih banyak perkara yang perlu diselesaikan. Banyak perkara yang bermain dalam fikiranku. Walau apa pun yang dilakukan, semuanya adalah ibadah selagi nawaitu lillahi taala. Perkara yang sukar untuk kita lakukan adalah bermujahadah. Menjadi seorang pemimpin dalam diri sendiri bukanlah suatu yang mudah. Moga kita semua berjaya melayari bahtera kehidupan bersama insan2 yang sama2 ingin melalui jalan yang diredhai...
AL IJTIHAD YANALUL MURAD...

SAHABAT
Setiap insan dalam dunia ini memerlukan seseorang yang bergelar sahabat. Tidak mungkin kita dapat hidup bersendirian tanpa sahabat. Insan ini adalah anugerah istimewa yang dikurniakan kepada kita. Kehadiran sahabat dalam diri kita boleh diumpamakan seperti sayap untuk membolehkan kita terbang jauh.
Begitu tinggi penghargaan yang diletakkan kepada seorang yang bergelar sahabat. Dialah tempat kita menyandarkan resah duka kecewa lara dan teman berkongsi kebahagiaan. Bukan mudah mendapatkan sahabat sejati. Ia adalah rezeki pemberian dari-Nya. Jika anda berpeluang mengenali sahabat yang baik, jagalah perasaannya sepertimana kita ingin dihormati oleh orang lain.
Sebagai nukilan daripada penulis, wadah ini ingin dijadikan sebagai ruang untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat insan yang bergelar sahabat. Jasa kalian tidak mungkin dilupakan hingga akhir hayat. Moga ukhuwah fillah ini mendapat keberkatan yang berpanjangan dan diredhai selalu. Terima kasih duhai SAHABAT…..

KITA BERTANYA... AL-QURAN MENJAWAB

Kita selalu Bertanya.... ......... .......dan Al-Quran sudah menjawabnya.

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak
diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB

"Allah tidak membebani seseoran g itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal
kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan saba r dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka... ?

- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "

- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

- Surah Yusuf ayat 12

KECANTIKAN LELAKI DAN KEGAGAHAN WANITA

Kecantikan seorang lelaki bukan terletak pada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tidak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan
yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan terletak pada pejal otot badan, tetapi pada
Kekuatan perasaan. wanita yang gagah adalah:-

1) Wanita yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Wanita yang tidak takut pada kemiskinan

3) Wanita yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Wanita yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan wanita berdiri di atas teguhnya iman. Seluruh kegagahan yang
ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang wanita.


Sabda Rasulullah SAW :

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."