CINTA HAKIKI


CINTA HAKIKI

Ya Allah…Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMu
Ya Muhaimin…Jika aku jatuh cinta,
Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu
Ya Hakim…Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya terpaut padaMu
Agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta insan yang tidak mencintaiMu

Ya Alim…Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari rahmatMu
Ya Rabbul Izzati…Jika aku rindu,
Jagalah rinduku padanya agar aku tidak lalai merindui syurgaMu

Ya Rahman…Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu
Ya Rahim…Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
Di sepertiga malam terakhirmu
Ya Hafiz…Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Jangan biarkan aku terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu
Ya Rabbi…Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada
CINTA HAKIKI dan RINDU ABADI hanya kepadaMu

Ya Zaljalali Wal Ikram…Engkau mengetahui
bahawa hati-hati ini telah berhimpun
Dalam cinta padaMu,
Telah berjumpa dalam taat padaMu,
Telah bersatu dalam dakwah padaMu,
Telah berpadu dalam membela syariatMu..
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya..kekalkanlah cintaNya..tunjukkanlah jalanNya.
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar,
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu
Dan…keindahan bertawakkal di jalanMu
Amin..Amin..Ya Rabbal Alamin…

…AL-IJTIHAD YANALUL MURAD

No comments: